Tuesday, March 8, 2016

Projek Kasihanilah, Sayangilah

Buat julung-julung kali ALUMNI YISS 1975 yang yang juga di kenali sebagai 'TEMAN SEJATI'  menganjurkan satu projek Hi Tea yang berjudul Kasihanilah. Sayangilah, kali ini projek yang di anjurkan bukan di Singapura malah di Batam.

Tumpuan projek kali ini ialah kepada kanak-kanak dari "Yayasan Mahabbah Panti Asuhan Ya Bunayaa" berhibur sambil beramal bersesuaian dgn tema Hi Tea Kasihanilah, Sayangilah.

Pn.Siti Supainah Matop mengetuai juga sebagai penganjur projek kali ini berkata 'sebenarnya kami dah war warkan di akhbar dimana kami membuka projek kali ini kepada orang ramai sambutan begitu mengalakkan walaupun tidak mencapai jumlah yang di inginkan oleh penganjur namun demikian ia tidak mematahkan semangat membuat berbagai persiapan.

Kumpulan ini yang mana rata-rata mereka adalah dari bekas pelajar ALUMNI YISS 1975 dari sekolah Yusof Ishak.  Sementara MC/Pengacara pada hari tersebut adalah En.Moe Vibes seorang pengacara yang tidak asing lagi di singapura, tentu saja acara akan gamat di buatnya.

'kami telah siap menyediakan baju yang di ukur khas untuk sambutan hari raya pada tahun ini buat anak anak di rumah yayasan mahabbah panti asuhan yaa bunayaa ini, semuanya telah kami tempat khas istimewa buat anak anak ini, alhamdulillah telah siap semuanya dan akan kami bawa nanti inyaAllah'

'Sebahagian dari kutipan wang akan di berikan kepada Yayasan Mahabbah Panti Asuhan Yaa Bunayaa nanti dan sebhagian lagi akan di gunakan untuk  projek ini nanti, sebenarnya kami tidak menerima sebarang penaja atau sponsor dari mana mana pihaktapi kami bersyukur berkat usaha dan kerjasama saya dan rakan rakan kami teruskan dengan harapan moga anak anak ini nanti terhibur begitu juga dengan hadirin yang hadir pada hari tu nanti' - ujar pn.Siti lagi.

No comments:

Post a Comment