Wednesday, February 27, 2013

INFO - PENTAS LESTARI SENI VI - TRIBUTE ARTIS VETERAN


Depan (duduk) dari kiri: S Rosley, M Wari, Wahid Satay, Mariani Ismail, Datin Umi Kalthum, Dato' Aziz Sattar, Neng Yatimah, Dato' Mustapha Maarof, Salmah Ahmad, Momo Latiff, Tamu, Hashimah Yon, Habibah Haron, K Fatimah (sebahagian dari artis veteran yang hadir), juga J.A Halim, Zaiton 20sen, Pak Mat Sentul juga Rozita Rohaizad (tiada di dalam gambar)

Baru-baru ni telah di adakan satu acara gilang gemilang khas bagi artis-artis veteran pada zaman 50,60,70 dan juga 80.  Acara gilang gemilang ini di anjurkan oleh Balai Rakyat Fuchun CC di mana acara ini di ada kan istimewa bagi memperingati jasa bintang filem pada zaman itu, dalam hall penuh dengan para peminat yang sudah menanti awal sebelum jam 2.30ptg.


(gambar sisipan : artis veteran mak aton (Zaiton 20cent)

Kami sokong sangat dengan usaha yang di lakukan oleh balai rakyat Fuchun CC (MAEC) dan berharap akan di teruskan usaha serupa ini, moga ia nya juga dapat menjadi contoh kepada yang lain, di mana jika tiada yang lama tiadalah yang baru tahniah buat semua yang bertanggung jwb untuk menjayakan majlis kali ini, acara begini dapat mengenalkan anak anak muda kita kepada kebudayaan kita lebih dekat lagi dan juga kembalikan anak anak muda kita mengingati, meminati dan juga untuk mengenali artis filem melayu tanahair kita lebih lebih lagi di singapura dan malaysia,  sumbangan mereka dalam dunia seni begitu ketara sekali sehinggakan filem filem lama masih di tonton dan di gemari hingga ke hari ini, bukan saja artis lama tapi artis baru juga di hargai sama.




Penonton juga telah di hidangkan dengan berbagai persembahan nyanyian dari artis luar dan dalam negeri seperti P Ramley Singapura,

Juga tarian traditional oleh penari-penari dari berbagai persatuan juga negeri juga persembahan dari artis di dalam dan luar negara.




  
macam macam pose dan gaya di ambil , betul betul kenanganlah seronok melihat semua gembira, ramai yang datang rata rata ingin melihat sendiri artis lagenda kesayangan mereka dan ada juga yang terserempak kembali rakan lama waktu sekolah dan jiran lama

(gambar sisipan atas artis veteran kita sayu menyanyikan lagu di manakan ku cari ganti)

Segment yang menarik ibu rasa adalah bila di penghujung acara segment bersalaman dengan barisan artis lagenda ini benar benar menyentuh perasaan di sampai lagu latar 'Di mana kan ku cari ganti' waduhhh menusup ke kalbu very the touching gitu. 



Sana sini peminat bertaburan mula mengambil kesempatan yang ada untuk bergambar dengan artis/seniman lagenda kita, wah seronok betul masa tu kecoh haha, best sangat, jelas terbayang kegembiraan berseri seri di wajah masing masing, apa tidaknya mereka berpeluang bersalaman dan bertentang  4mata mengenali artis pujaan mereka secara peribadi di samping dapat bergambar kenangan bersama mereka, saat yang penuh bersejarah buat barisan artis lagenda kita juga para hadirin yang hadir.




Tiba masa tuk mereka pulang ke negara masing-masing, Dato' Aziz Sattar sempat lagi untuk beri pose istimewa buat peminat di singapura









----------------------------------------------------


Acara : "PENTAS LESTARI SENI VI"
Di : Fuchun CC MAEC
Pada : Ahad 24 Feb 2013
Jam : 2.30 - 5.30ptg
Tiket berharga: $ 8 



MC - Asnidah Daud

ARTIS VETERAN

Dato' Mustapha Maarof
Dato' Aziz Sattar
Datin Umi Kalthum
Salmah Ahmad
Mariani Ismail
Momo Latiff
Neng Yatimah
Wahid Satay
Hashimah Yon
Habibah Haron
Zaiton (20sen)
K Fatimah
M Wari
S Rosley
J.A Halim
  Pak Mat Sentul 
Rozita Rohaizad 


Kumpulan yang mengambil bahagian:
Sekar Bali (Indonesia)
Wirama D Tari (Malaysia)
Atrika Dance Company (Singapore)
Dian Dancers (Singapore)
Attri Dance Foundation (Singapore)
Sriwana Dancers (Singapore)
Sri Warisan Som Said (Singapore)
Azpirazi (Singapore)
Kirana Seni (Singapore)
Era Dance Theatre (Singapore)
Persadaku Artis Seni Budaya of Fuchun CC MAEC (Singapore)
Silat Kuningan (Fuchun CC MAEC, Singapore)
Munir - Malay Traditional Music Group
Syafiee Hamzah aka P Ramlee Singapore - Singer (Singapore)
Azmir Ariff - Singer (Malaysia)
Mahani Mahmud & Amir Ahad - Singers (Singapore)


ada gambar banyak lagi di FB LuahanRasa.FM kami sila klik di SINI